Monday, June 15, 2015

Bila Waktu Sesuai Untuk Makan Vitamin?

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi cara pengambilan Vitamin Shaklee untuk mengekalkan penyerapan optima di dalam tubuh anda. Bila masa yang terbaik untuk ambil vitamin?  Mesti semua orang nak tahu kan??

Bagi yang masih tercari-cari bagaimana cara pengambilan vitamin yg berkesan, boleh cuba general rules yang dilampirkan seperti di bawah. 


Perlu diingatkan vitamin adalah MAKANAN TAMBAHAN, bukan UBAT.

Jadi, boleh makan ikut kesesuaian. Kalau rasa jadual anda makan selama ini tidak sama dengan gambar yg saya lampirkan di atas, tak perlu ubah jika rasa dah ada kesannya. Ubah jika anda tak nampak apa-apa kesan, mungkin cara pengambilan anda salah.

Walaubagaimanapun, sebaiknya TIDAK MENGAMBIL SEMUA VITAMIN SECARA SERENTAK tetapi agih-agihkan di antara selepas beberapa waktu makan seperti selepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari. Insya-Allah.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi saya menerusi 011-1297 9760 (WhatsApp)


Fahmi Yusoff
SID 1176903


Sunday, May 31, 2015

Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Bacaan ini khas untuk ibu mengandung atau bakal-bakal ibu. Anda perlu memastikan keperluan kalsium anda mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. Tahukah mengapa?
Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).


Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.
Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.

Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. Walau apa pun yg kita makan, makanlah dengan berilmu!

Atau anda juga boleh mencuba Set Pregnancy Shaklee. Di dalam set ini terdiri daripada:

Trimester 1:
Vitalea (Multivitamin)
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)

Trimester 2 & 3:
Vitalea (Multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)
Omegaguard (Fish oil)

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan konsultasi mengenai supplement yg bukan sahaja akan disesuaikan dgn keperluan tubuh anda, malahan juga bajet anda! Menarik kan! Hubungi saya SEGERA di talian +6011-1297 9760 (Fahmi)

Supplement NATURAL adalah pilihan saya!
Tidak kepada sintetik!
Tidak kepada yang ada pewarna!
Tidak kepada perisa tambahan!


Wednesday, May 27, 2015

Perbezaan Detox Darah, Detox Hati dan Detox Usus Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum semua. Kita memang biasa dengar tentang DETOX kan. Bila sebut tentang Detox ramai yang terbayangkan proses membuang air besarkan. Bukan kata anda semua je begitu, saya pun sama. Sebelum ni kalau sebut tentang Detox saya terbayangkan proses membuang air besar. 

    APA ITU DETOX?

    Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

    Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya kan, Detox tu bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:
    1. Detox Usus
    2. Detox Hati
    3. Detox Darah


    1. DETOX DARAH

    Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalankan rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. Saya pernah dengar beberapa pegawai tinggi kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Tun Mahathir berkata yang Tun menjalani rawatan mencuci (Detox) darah di USA. Tetapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau betul memang patut lah kita tengok Tun masih cergas dan sihat bertenaga pada usia sekarang kan. 

    Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit. Shaklee menawarkan jus merah (wah sedondon pula warna jua ini dengan warna darah kita kan heheh) yang dikenali sebagai Vivix. Vivix bertindak dengan merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah.Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah


    2. DETOX HATI

    Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.


    Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti? Owhhh ngerinyaaaa. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras. Anda boleh baca mengenai bagaimana kerosakan hati di rawat dengan prosuk Shaklee DI SINI

    Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement lain yang kita makan. Tegaskan kepada customer, detox hati adalah penting bagi memastikan customer dapat "value for money". 


    3. DETOX USUS

    Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Haaa plag ni kita ibaratkan sebagai mendapan yang melekat lekit dalam usus kita.


    Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari. Ini adalah antara produk Shaklee yang sangat mendapat tempat untuk mereka yang mengalami masalah detox usus. Usus yang tidak detox atau tidak dicuci mengakibatkan buncit dan kegemukan.



    Ramai yang mengambil mudah tentang detox sebenarnya kan. Tapi tahukah kita toksin yang memasuki badan kita jika tidak di singkin kan melalui detox maka ia akan mendatangkan mudarat kepada badan kita. Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, yang kita hidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini,  banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita sukar nak mengawal pemakanan dan pencemaran, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci (detox) hati, darah dan usus kita. Biar kita mencegah daripada mengubati kan. Saya sangat terkesan dengan kesihatan hati, sebab adik saya mengalami masalah usus yang kini berjangkit ke hati dan sepupu saya juga mengidap kanser hati tahap 4. Dan alhamdulillah kedua-duanya mendapat perubahan bila consume produk Shaklee. Walaupun tidak dapat menyembuuhkan penyakit mereka 100% tetapi sekurang-kurangnya pengambilan supplement Shaklee ni dapat membantu mereka merasa lebih sihat, bertenaga dan aktif. Jangan kita tunggu bila sakit baru mahu mencari supplement, sebaliknya amalkan supplement ketika sihat supaya gajala penyakit dapat dijauhkan.